MANDAT MITRA KEKAL, PENEMPATAN DI BAWAH KESUMA PERKUKUH PELAKSANAAN
Parlimen Malaysia | 5 Februari 2026
Kerajaan MADANI menegaskan bahawa mandat Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kekal tidak berubah meskipun ditempatkan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Penempatan ini bertujuan memperkukuh penyelarasan dasar serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program pembangunan masyarakat India.
Penegasan tersebut disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Datoโ Sri Ramanan Ramakrishnan ketika sesi Ministersโ Question Time (MQT) di Dewan Rakyat hari ini. Beliau memaklumkan keputusan Jemaah Menteri pada 14 Januari 2026 itu merupakan langkah penstrukturan strategik bagi memastikan agenda sosioekonomi masyarakat India dilaksanakan secara lebih bersepadu, sistematik dan berimpak tinggi.
Menurut beliau, penempatan MITRA di bawah KESUMA membolehkan perancangan dan pemantauan program diselaraskan dengan dasar pembangunan sumber manusia negara, termasuk latihan kemahiran, kebolehpasaran pekerjaan dan perlindungan sosial. Pandangan YAB Perdana Menteri turut menegaskan langkah ini akan mengukuhkan kedudukan MITRA tanpa menjejaskan fokus asalnya.
Pendekatan ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, khususnya teras Kesejahteraan, Keadilan Sosial, Keberdayaan dan Tadbir Urus Baik, dalam memastikan pembangunan masyarakat dilaksanakan secara inklusif dan mampan.
Hari ini saya telah menyempurnakan penyerahan bantuan Program Dharma MADANI Fasa Pertama berjumlah RM3.1 juta kepada 155 buah rumah ibadat Hindu dari seluruh negara.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI serta kerjasama erat dengan kepimpinan komuniti dalam memperkasa institusi rumah ibadat Hindu sebagai tunjang kesejahteraan, keharmonian dan pembangunan rohani masyarakat India.
Program Dharma MADANI merupakan antara usaha strategik Kerajaan MADANI untuk memperkukuh peranan rumah ibadat bukan sahaja sebagai tempat ibadah, malah sebagai pusat komuniti setempat yang menjalankan aktiviti pembelajaran, kerohanian, kebudayaan serta pembangunan sosial masyarakat.
Sejak pendaftaran dibuka, sebanyak 915 permohonan telah diterima dan diteliti oleh MITRA selaras dengan prinsip tatakelola yang baik serta peraturan yang berkuat kuasa. Baki permohonan akan terus diteliti secara berperingkat, dan pihak MITRA akan memaklumkan keputusan rasmi kepada pihak rumah ibadat yang terlibat dari semasa ke semasa. Saya juga mengumumkan bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju supaya MITRA dipindahkan ke Kementerian Sumber Manusia.
Saya yakin bantuan ini diyakini akan memperkukuh pelaksanaan agenda pemerkasaan komuniti India secara lebih bersepadu, inklusif dan berimpak tinggi, selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan keadilan sosial dan kesejahteraan untuk semua.
MITRA dengan kerjasama strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan Simposium Antirasuah Pengurusan Dana Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India 2026, yang menghimpunkan hampir 400 peserta terdiri daripada rakan pelaksana MITRA seperti NGO, syarikat, penyedia latihan dan pengusaha tadika.
Penganjuran simposium ini mencerminkan komitmen MITRA untuk menjalin kerjasama berterusan dengan SPRM setiap tahun, bagi memastikan semua penerima geran kerajaan memahami sepenuhnya tanggungjawab, amanah dan kepentingan mengurus dana awam secara telus, berintegriti dan berakauntabiliti.
MITRA menegaskan bahawa pihak yang menerima geran bukan sekadar pelaksana projek, tetapi merupakan rakan strategik kerajaan dalam memastikan perancangan dan dasar kerajaan benar-benar sampai dan dinikmati oleh rakyat di peringkat akar umbi.
Kejayaan dasar kerajaan tidak bergantung kepada peruntukan semata-mata, tetapi kepada integriti dan kebertanggungjawaban pihak yang mengurus dana tersebut.
Sejajar dengan gagasan Malaysia MADANI yang ditekankan oleh YAB Perdana Menteri (PMX) โ berteraskan nilai amanah, ihsan, keadilan dan tanggungjawab โ pengurusan dana awam mesti dilaksanakan dengan penuh integriti agar manfaat pembangunan tidak terjejas oleh ketirisan atau salah guna kuasa.
Antara pengisian utama simposium: โ Kesedaran risiko perundangan dan pematuhan di bawah Akta SPRM 2009 โ Forum antirasuah mengenai pengurusan dana dan tatakelola organisasi โ Perkongsian amalan terbaik dalam memastikan dana kerajaan sampai kepada golongan sasar Ketua Pengarah MITRA menegaskan bahawa integriti bukan sekadar slogan, tetapi satu amanah yang wajib dipikul oleh setiap rakan strategik yang mengurus dana kerajaan demi memastikan manfaat sampai kepada golongan sasar.
MITRA akan terus memperkukuh kerjasama bersama SPRM sebagai langkah pencegahan, pendidikan dan pemantauan bagi memastikan setiap sen peruntukan kerajaan dimanfaatkan secara berhemah demi masa depan komuniti India Malaysia.
Terima kasih kepada SPRM dan semua peserta yang hadir serta komited menjayakan simposium ini.