MANDAT MITRA KEKAL, PENEMPATAN DI BAWAH KESUMA PERKUKUH PELAKSANAAN
05 Februari 2026
625677441 1362002425965666 8987887211386829676 N
627565760 1362002372632338 8102301507251354785 N
625882511 1362002382632337 5585827780220281407 N
MANDAT MITRA KEKAL, PENEMPATAN DI BAWAH KESUMA PERKUKUH PELAKSANAAN
Parlimen Malaysia | 5 Februari 2026
Kerajaan MADANI menegaskan bahawa mandat Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kekal tidak berubah meskipun ditempatkan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Penempatan ini bertujuan memperkukuh penyelarasan dasar serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program pembangunan masyarakat India.
Penegasan tersebut disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan ketika sesi Ministers’ Question Time (MQT) di Dewan Rakyat hari ini. Beliau memaklumkan keputusan Jemaah Menteri pada 14 Januari 2026 itu merupakan langkah penstrukturan strategik bagi memastikan agenda sosioekonomi masyarakat India dilaksanakan secara lebih bersepadu, sistematik dan berimpak tinggi.
Menurut beliau, penempatan MITRA di bawah KESUMA membolehkan perancangan dan pemantauan program diselaraskan dengan dasar pembangunan sumber manusia negara, termasuk latihan kemahiran, kebolehpasaran pekerjaan dan perlindungan sosial. Pandangan YAB Perdana Menteri turut menegaskan langkah ini akan mengukuhkan kedudukan MITRA tanpa menjejaskan fokus asalnya.
Pendekatan ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, khususnya teras Kesejahteraan, Keadilan Sosial, Keberdayaan dan Tadbir Urus Baik, dalam memastikan pembangunan masyarakat dilaksanakan secara inklusif dan mampan.