Skip to main content

INDIAN COMMUNITY HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT PROGRAM

Modal Insan
BIL   PROGRAM   ORGANISASI   PERUNTUKAN   CATATAN
                 
1   Program Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta Tahun 2024/2025   Tadika-Tadika Swasta   RM9,325,371.00  

Program ini merupakan bantuan subsidi disasarkan kepada 4,709 kanak-kanak India dari keluarga B40 yang berumur 4 hingga 6 tahun. Bantuan ini disalurkan kepada pengusaha tadika India yang layak bagi menampung kos yuran bulanan dan makanan kanak-kanak dengan nilai maksima sehingga RM200 seorang bagi tempoh 11 bulan mengikut kalendar akademik KPM.

Senarai Tadika 2024

                 
2   Program Bantuan Awal Kemasukan IPT MITRA (IPT4.0 MITRA)   Bank Simpanan Nasional   RM25,000,000.00   Program ini merupakan bantuan awal kemasukan IPT disasarkan kepada 12,400 pelajar India dari keluarga B40 yang akan melanjutkan pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda tahun pertama dan kedua di IPT awam dan swasta dalam negara.

Senarai Pelajar IPT 2024
Keusahawanan dan Kerjaya
BIL   PROGRAM   ORGANISASI   PERUNTUKAN   CATATAN
                 
1   Malaysian Indian Community Entrepreneurship Program (MICEP)   Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)   RM12,326,400.00   Program ini adalah untuk meningkatkan usahawan dalam kalangan masyarakat Malaysia India dan memperkasakan usahawan sedia ada melalui penerapan nilai-nilai keusahawanan serta suntikan modal berbentuk geran. 
Sasaran kepada 600 peserta.
                 
2   Malaysian Indian Transformative Agri Programme   MARDI Corporation   RM3,880,000.00   Program ini adalah untuk memberi latihan/persijilan/geran pertanian dalam bidang pertanian kepada 100 usahawan tani.
                 
3   Program Malaysia – China Youth TVET Training   Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran   RM3,000,000.00   Tujuan program ini adalah untuk membantu belia masyarakat malaysia yang berbangsa India untuk menyertai booth camp di China yang bertujuan memberi pendedahan daripada aspek teknikal di peringkat antarabangsa. Seramai 500 golongan belia daripada keluarga B40 & M40 akan dipilih untuk menyertai program ini.
                 
4   Program Bantuan Lesen Lori GDL MITRA   Institut Memandu Diiktiraf JPJ   RM1,499,745.50   Pelaksanaan program ini akan membantu pihak Kerajaan mencapai objektif supaya bilangan pemandu lori berat vokasional termasuk lori treler, lori tangki dan lori kontena mempunyai lesen dan meningkatkan pendapatan pemandu lori dengan menambah kelas memandu. Seramai 654 peserta dalam lingkungan umur 21 tahun dan ke atas yang telah disasarkan untuk menyertai program ini.
                 
5   Program Stock Market Investment And Trading   Bursa Saham Malaysia   RM3,050,000.00   Program ini adalah untuk memberi pengetahuan dalam aspek literasi kewangan serta asas pelaburan saham, termasuk latihan dan penempatan pekerjaan. terdapat dua jenis program akan dilaksanakan iaitu program kesedaran melalui pelaksanaan karnival yang akan mensasarkan seramai 4,500 orang manakala seramai 500 orang untuk kursus pelaburan saham.
                 
6   Malaysian Indian Skills Initiative (MISI)   Kementerian Sumber Manusia Melalui HRDCorp   RM10,000,000   Program ini berikutan pengumuman YAB Perdana Menteri berhubung pelaksanaan MISI bertujuan memberikan tumpuan kepada penglibatan belia Malaysia India dalam TVET khususnya bidang-bidang kritikal yang memenuhi kehendak industri dan negara. Sejumlah RM30 juta diperuntukkan untuk inisiatif ini dengan RM10 juta dari setiap agensi iaitu Kementerian Sumber Manusia, MITRA dan Kementerian Kewangan.

 

Kesejahteraan Sosial
BIL   PROGRAM   ORGANISASI   PERUNTUKAN   CATATAN
                 
1   Program Bantuan Subsidi Dialisis MITRA   Bank Simpanan Nasional   RM7,998,000.00  

Pemberian bantuan subsidi kepada 600 masyarakat India golongan B40 dan M40 yang menghidap penyakit buah pinggang untuk mengurangkan beban kewangan yang dihadapi dalam mendapatkan rawatan dialisis. Pesakit akan menerima bantuan sebanyak RM13,330.00 yang akan dimasukan terus dalam akaun bank pesakit.

Senarai Pesakit Dialisis 2024

                 
2   Program Bantuan Sinar Cahaya MITRA   Yayasan Kebajikan Negara   RM15,499,915.00   Program jangka pendek serta berbentuk solusi pantas ini adalah untuk membantu meringankan beban 14,331 masyarakat India yang terjejas disebabkan kejutan kesihatan yang merosot atau kejutan ekonomi. Inisiatif ini dapat membantu mengurangkan beban dan memberi impak yang positif dalam membantu meningkatkan kesejahteraan sosial masyarakat India.
                 
3   Program Cybersafe® In Schools   Cybersecurity Malaysia   RM3,705,675.00   Program ini bertujuan untuk untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber kepada 80,000 murid-murid India di 300 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan di 200 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).