Skip to main content

INDIAN COMMUNITY HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT PROGRAM

Modal Insan
BIL   PROGRAM   ORGANISASI PERUNTUKAN   CATATAN
               
1   Program Bantuan Kewangan One-Off kepada pelajar India B40 yang menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda dan Diploma di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2021   Bank Simpanan Nasional RM3,250,000.00   Program Bantuan Kewangan secara One-Off untuk pelajar India B40 yang telah menerima tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dari IPTA, 2021. Ijazah Sarjana Muda – RM1000.00 Pengajian Diploma – RM500.00 *Program Inisiatif MITRA
               
2   Program Bantuan Kewangan One-Off Pelajar IPTA 2022/2023   Bank Simpanan Nasional RM5,000,000.00   Bank Simpanan Nasional
3   Program latihan kemahiran bidang maritim – ‘SKM Level 3 Ratings Program for Both Deck and Engine Department’   Malaysian Maritime Academy Sdn. Bhd. RM765,948.48   Program latihan kemahiran SKM Tahap 3 untuk 96 pelajar India B40. Para pelajar yang berjaya tamat latihan akan menerima Sijil-sijil berikut: Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (JPK) Sijil Kelasi (Dek atau Enjin) Sijil Modular Basic Training (JLM) Sijil Modular Personal Awareness (JLM) Sijil Modular Security Duties (JLM) Sijil Modular Basic Oil and Chemical Tanker (JLM) Sijil Basic Offshore Safety Induction and Emergency Training *Program Inisiatif MITRA
               
4   Program Pemberian Meja Dan Kerusi Kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) (Sekolah Bantuan Kerajaan)   BTIS Manufacturer RM3,841,229.00   Program ini bertujuan untuk membekalkan bantuan meja dan kerusi kepada 303 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) (Sekolah Bantuan Kerajaan). Meja: 15,723 unit dengan kos seunit RM164.00 berjumlah RM2,578,572.00 Kerusi: 15,983 unit dengan kos seunit RM79.00 berjumlah sebanyak RM1,262,657.00 *Program Inisiatif MITRA
               
5   Program Kelas Bimbingan Pra Sekolah 2022/2023   5 Organisasi RM13,068,862.00   Program ini bertujuan untuk membiayai pendidikan pra sekolah kanak-kanak India B40 yang berumur antara 4 hingga 6 tahun (5,164 kanak-kanak) dengan geran peruntukan sebanyak RM13,068,862.00. Selain pembiayaan yuran persekolahan, bantuan berkenaan juga adalah termasuk pemberian buku dan lembaran kerja, starter kit (pakaian seragam dan alat tulis) serta subsidi bagi penyediaan sarapan pagi untuk kanak-kanak B40 berkenaan. Peruntukan ini disalurkan kepada 5 Organisasi seperti berikut: Persatuan Guru Tadika Zon Utara Semenanjung Malaysia Bil. Pra Sekolah: 80 buah Bil. Murid: 1,965 kanak-kanak Kos: RM4,957,773.60 Pertubuhan Pusat Pembangunan Kanak-Kanak Cemerlang Bil. Pra Sekolah: 43 buah Bil. Murid: 1,167 kanak-kanak Kos: RM2,944,387.68 Child Information, Learning And Development Centre (CHILD) Bil. Pra Sekolah: 65 buah Bil. Murid: 1,276 kanak-kanak Kos: RM3,219,399.04 Pertubuhan Tadika-Tadika Swasta (DLS) Bil. Pra Sekolah: 14 buah Bil. Murid: 460 kanak-kanak Kos: RM1,171,758.00 Pertubuhan Prasekolah Malaysia Bil. Pra Sekolah: 12 buah Bil. Murid: 296 kanak-kanak Kos: RM775,543.68 *Program Inisiatif MITRA
               
6   Program Rekonstruksi Kata Nama Terbitan & Pengedaran Dadu Gergasi Imbuhan Pak21 & Buku Mari Mengenali Alomorf Bahasa Melayu Melalui Teknik Gad   Pertubuhan Tulir Malaysia RM267,183.36   Program adalah untuk memberi pendedahan kepada guru tentang pengajaran dan pembelajaran kata nama terbitan dalam bentuk inovasi selaras dengan perkembangan minda murid berdasarkan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) yang ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Seramai 200 guru dari 99 SJK(T) di Selangor akan mengikuti program ini. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
               
7   Bantuan Perabot Kelengkapan Sekolah SJKT Ladang Bukit Ijok   Nigata Furnitures Supplies RM240,288.00   Bantuan ini adalah untuk menyediakan perabot dan kelengkapan asas yang lain kepada SJKT Ladang Bukit Ijok. SJKT ini merupakan sekolah yang siap dibangunkan namun tidak boleh beroperasi kerana tiada kelengkapan perabot dan kelengkapan asas yang lain. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
               
8   Program Kluster Katering & Sajian Dan Kluster Perniagaan & Keusahawan   Kolej Komuniti Kota Tinggi RM28,654.00   Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran dalam bidang katering dan sajian serta keusahawanan kepada 20 wanita di Kota Tinggi. *Program Inisiatif MITRA
               
9   Program Literasi Kewangan Kanak-Kanak   Pertubuhan Impact Malaysia RM297,043.20   Program ini bertujuan untuk mengajar literasi kewangan kepada 960 murid-murid SJK(T) kawasan luar bandar seperti berikut: 5 SJK(T) Sg. Siput, Kuala Kangsar dan Kinta Utara di Perak dengan bilangan peserta seramai 400 orang; dan 7 SJK(T) di Selangor (Gombak, Petaling dan Klang) dengan bilangan peserta seramai 560 orang. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
10   Program Literasi Komputer   Persatuan Wanita Dan Keluarga India Jempol, Negeri Sembilan RM82,663.20   Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran penggunaan komputer kepada 100 belia di Negeri Sembilan seperti berikut: Bahau; Rompin; Palong; dan Ladang Geddes. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
               
11   Program Kluster Jahitan & Pakaian Dan Kluster Perniagaan & Keusahawan   Kolej Komuniti Kota Tinggi RM30,514.00   Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran dalam bidang jahitan pakaian serta keusahawanan kepada 15 wanita di Kota Tinggi. *Program Inisiatif MITRA
               
12   Program Pembangunan Pemain Skuasy Handal   Kelab Wawasan Skuasy Puchong RM81,000.00   Program ini adalah untuk memberi memberi pendedahan asas, pengetahuan dan pengalaman dalam sukan skuasy kepada 20 kanak-kanak dari SJKT Telok Panglima Garang dan SJKT Puchong Batu 14, Selangor. Program ini akan dijalankan selama 10 bulan di MAHSA International School, Selangor. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
13   Rising Stars With Digital Video & Audio Editing   People Prowess Sdn.Bhd RM154,700.00   Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran asas dalam bidang penyuntingan video dan audio kepada 75 orang golongan belia (berumur antara 18 tahun hingga 35 tahun). Program akan dilaksanakan di tiga (3) buah lokasi seperti berikut: Port Klang, Selangor; Seremban, Negeri Sembilan; dan Nibong Tebal, Pulau Pinang. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
               
14   Pemberian Dana Tambahan bagi Kelengkapan Asas Dewan Sekolah SJKT Mak Mandin   Lembaga Pengelola Sekolah SJKT Mak Mandin RM100,000.00   Pemberian bantuan dana tambahan kepada SJKT Mak Mandin, Pulau Pinang untuk penyediaan kelengkapan asas di Dewan SJKT Mak Mandin.
15   Program Memperkasakan Pendidikan Rukun Negara Dan Kemahiran Jom Urus Diri Untuk Murid-Murid Prasekolah India B40   Ri-Cop Sales & Services RM37,040.00   Program ini bertujuan untuk percetakan sebanyak 5,400 modul Rukun Negara serta penterjemahan dan percetakan 5,400 modul Jom Urus Diri (versi Bahasa Tamil) kepada 5,164 orang murid yang berumur di antara empat (4) hingga enam (6) tahun daripada golongan B40 masyarakat India serta 214 orang guru prasekolah.
               
16   Bolasepak – Transformasi Belia Ke Arah Jati Diri   Kelab Rekreasi Delima Kluang, Johor RM70,000.00    
Keusahawanan dan Kerjaya

 

BIL   PROGRAM   ORGANISASI   PERUNTUKAN   CATATAN
1   Kursus Pendandan Rambut Profesional   Dhass Skills Academy (M) Sdn. Bhd.   RM94,089.60   Program ini bertujuan untuk latihan kemahiran pendandan rambut kepada 30 peserta. Program akan diadakan di Dhass Skills Academy, Batu Caves, Selangor. Tempoh program adalah selama 21 hari. Peserta program akan memperoleh Kit Permulaan, Sijil Akademi dan On The Job Training (OJT). Modul-modul kursus adalah seperti berikut: Jenis Alatan dan Peralatan Gunting Rambut Hubungan Pelanggan Teknik Menggunting Rambut Kemahiran Asas Mencukur Ciri-ciri Tukang Gunting Rambut yang Profesional Penyelenggaraan dan Kebersihan *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
2   Program Latihan Penjagaan Kuku   Bracelian Beauty & Bridal Academy   RM187,940.00   Program ini bertujuan untuk latihan kemahiran berkaitan penjagaan dan perhiasaan kuku kepada 125 peserta. Program akan diadakan di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Tempoh program adalah selama 5 hari. Peserta akan memperoleh Kit Permulaan, Mobile Nail Salon dan Sijil Akademi. Modul-modul program adalah seperti berikut: Teori Asas Kuku Teori dan Amali Asas Manicure Reka Bentuk Seni Kuku Teknik Sambungan Kuku Asas *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
3   Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) Teknikal Motosikal   Mototech Skills Academy (M) Sdn. Bhd.   RM200,800.00   Program ini bertujuan untuk latihan kemahiran berkaitan motosikal kepada 25 peserta. Program ini menyediakan Sijil Kemahiran Tahap 1,2 dan 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Program diadakan di Mototech Skills Academy, Sungai Buloh, Selangor. Tempoh program adalah selama 12 hari. Modul-modul program adalah seperti berikut: Pembaikan dan Penyelenggaraan Motosikal Suntikan Bahan Api Elektronik & Diagnostik Motosikal Elektrik & Elektronik Motosikal *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
4   Program Horizontal Directional Drilling (HDD)   Omtera Academy   RM243,400.00   Program ini bertujuan untuk latihan kemahiran berkaitan penggerudian arah mendatar kepada 80 peserta. Program ini menyediakan Sijil dari DCI dan NOCN. Program diadakan di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Johor. Tempoh program adalah selama 10 hari. Modul-modul program adalah seperti berikut: Teori dan Praktikal Latihan Kerja *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
5   Program Latihan Kemahiran Kerjaya dan Keusahawanan   Myskills Foundation   RM294,600.00   Program latihan kemahiran kerjaya berserta keusahawanan adalah salah satu program membentuk laihan kemahiran transformasi holistik (model latihan berasaskan residensi penuh) yang bertujuan untuk menampung keperluan transformasi 40 remaja berisiko tinggi. Program ini dilaksanakan di Kampus MySkills, Kalumpang, Selangor. Peserta akan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
6   Program Pembangunan Kelestarian Remaja Bawah 12 Tahun   Yayasan Pusat Belia Antarabangsa   RM262,926.00   Program ini bertujuan untuk membimbing 450 kanak-kanak B40 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) luar bandar dalam meningkatkan kecekapan dan minat dalam aktiviti kokurikulum dan juga akademik. Program akan dilaksanakan di Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Melaka dan Johor. Peserta akan memperoleh perkara seperti berikut: Sijil Antarabangsa Friends of The Award (FOTA), United Kingdom; dan Markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) peringkat 1 (Kebangsaan) oleh KPM. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
7   Hybrid Digital Entrepreneurs Development Skills   Marvin Choice Resources   RM111,888.00   Program ini untuk memberi latihan kemahiran pembangunan kepada 200 usahawan digital dalam bidang pemasaran dan jualan dalam talian di kalangan usahawan India B40. Program ini akan dilaksanakan di Negeri Sembilan dan Johor. Modul program seperti berikut: Alat Pemasaran Digital; Instragram Marketing; Tik Tok Marketing; Facebook Marketing; Youtube Marketing; Whatsapp Marketing; Digital Business; Database Collection; E-mail Marketing; dan Editing Software. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
8   Safety & Health Officer (SHO)   Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)   RM2,454,624.00   Program ini akan memberikan pendedahan, kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Seramai 300 belia melalui program ini akan menerima sijil pertaulihan dari NIOSH beserta penempatan pekerjaan. Program akan dilaksanakan selama 30 hari di tiga (3) buah negeri seperti berikut: Selangor; Johor; dan Pulau Pinang *Program Inisiatif MITRA
                 
9   Occupational Safety and Health Coordinator (OSH)   Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)   RM693,864.00   Program ini akan memberikan pendedahan, kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Seramai 200 belia melalui program ini akan menerima sijil pertaulihan dari NIOSH beserta penempatan pekerjaan. Program akan dilaksanakan selama sembilan (9) hari di tiga (3) buah negeri seperti berikut: Selangor; Johor; dan Pulau Pinang *Program Inisiatif MITRA
                 
10   OSH Train the Trainers Competency Program   Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)   RM773,640.00   Program ini akan memberikan pendedahan, kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Seramai 200 belia melalui program ini akan menerima sijil pertaulihan dari NIOSH beserta penempatan pekerjaan. Program akan dilaksanakan selama 10 hari di tiga (3) buah negeri seperti berikut: Selangor; Johor; dan Pulau Pinang *Program Inisiatif MITRA
                 
11   Safe Operation of High Pressure Water Jetting   Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)   RM589,086.00   Program ini akan memberikan pendedahan, kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Seramai 150 belia melalui program ini akan menerima sijil pertaulihan dari NIOSH beserta penempatan pekerjaan. Program akan dilaksanakan selama sembilan (9) hari di tiga (3) buah negeri seperti berikut: Selangor; Johor; dan Pulau Pinang *Program Inisiatif MITRA
                 
12   Office Automation Knowledge Expert   Intelligence Sandbox (M) Sdn Bhd   RM63,072.00   Program ini untuk memberikan latihan mengenai penggunaan Microsoft Office 365 khususnya Microsoft Excel dalam penganalisisan data dan automasi data yang akan memenuhi permintaan yang diperlukan oleh industri. Seramai 25 belia melalui program ini akan menerima Pensijilan Microsoft Office Specialist. Program akan dilaksanakan selama 10 hari di Kelana Jaya, Selangor. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
13   Remote Pilot Certificate Of Competency (RCOC-B)   SG Akademi   RM258,876.00   Program ini adalah untuk memberi latihan kemahiran pengendalian teknologi dron dan persijilan Remote Pilot Certificate of Competency (RCoC-B) kepada 30 belia. Program akan dilaksanakan selama 10 hari di Kuala Lumpur dan Johor. Peserta program akan memperoleh persijilan seperti berikut: Persijilan RCoC-B; Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Dron Tahap 2; dan Persijilan City & Guilds. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
14   Program Bantuan Lesen Pemandu Lori GDL   Akademi P.S. Samy Sdn. Bhd.   RM200,000.00   Program ini adalah untuk memberi latihan kepada 100 orang berumur 21 tahun dan ke atas atau 58 tahun ke bawah (B40) dalam mendapatkan lesen memandu (E Full) dan Goods Driving License (GDL) Bersendi. Program akan dilaksanakan di Selangor. Berikut merupakan tawaran pakej program: Pakej A: Lesen GDL + Lesen E-Full ; Pakej B: Lesen GDL + Lesen E-Full + Lesen Treler (Bersendi); Pakej C: Kelas Tambahan Lesen E-Full; dan Pakej D: Kelas Tambahan Lesen Treler (Bersendi). *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
15   Program Teknologi Asas Penternakan Lebah Madu   Golden Bees Empire   RM264,702.60   Program ini adalah untuk memberi latihan penternakan lebah dan keusahawanan kepada 50 orang yang berumur 18 tahun ke atas atau 59 tahun ke bawah (B40) di Sepang, Selangor dan Johor Bahru, Johor. Peserta akan memperoleh perkara seperti berikut: Kit Permulaan (Bee Hive); dan Handholding selama lima (5) bulan. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
16   Sijil Profesional Dalam Program Perniagaan Hartanah   Optramal Sdn. Bhd.   RM140,162.40   Program ini adalah untuk memberi latihan sebagai agen hartanah kepada 50 belia. Peserta akanb memperoleh persijilan Negotiator Certification Course (NCC) yang diiktiraf oleh Malaysian Institute of Estate Agents. Peserta akan melalui latihan kelas, kerja lapangan dan On The Job Training (OJT) di Selangor dan Kuala Lumpur. Program akan dilaksanakan selama tujuh (7) hari di MAHSA Avenue International College, Kuala Lumpur. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
17   Cadetship Diploma in Nautical Studies   Malaysian Maritime Academy Sdn. Bhd   RM3,410,850.00   Program adalah untuk melahirkan 30 para pelaut yang berpotensi untuk memenuhi permintaan guna tenaga mahir dan memenuhi keperluan industri maritim negara. Program akan dilaksanakan selama secara fizikal maksimum lima (5) tahun di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka termasuk latihan industri di laut. Para pelajar yang berjaya tamat latihan akan menerima persijilan berikut: Diploma in Nautical Studies; Certificate of Competency as Officer in Charge of Navigational Watch; dan 14 Sijil Modular lain-lain seperti berikut: Basic Safety Training (MBT); Security Awareness Training (MPA); Person Designated with Duties Training (MSD); Medical First Aid (MMFA); Advance Fire Fighting (MAFF); GMDSS General Operator Certificate (GOC); Proficiency in Survival Craft & Rescue Boat (MSCR); Radar Navigation & Plotting (MRN); ARPA Operation (MAR); Electronic Navigation Aids; Electronic Chart Display Information System (ECDIS); 5 day Bridge Resource Management (BRM); Basic Training for Oil and Chemical (MBOC); dan Basic Training for Liquefied Gas Tanker (MBLGT). *Program Inisiatif MITRA
                 
18   Cadetship Diploma in Marine Engineering   Malaysian Maritime Academy Sdn. Bhd.   RM3,336,420.00   Program adalah untuk melahirkan 30 para pelaut yang berpotensi untuk memenuhi permintaan guna tenaga mahir dan memenuhi keperluan industri maritim negara. Program akan dilaksanakan selama secara fizikal maksimum lima (5) tahun di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka termasuk latihan industri di laut. Para pelajar yang berjaya tamat latihan akan menerima persijilan berikut: Diploma in Marine Engineering; Certificate of Competency as Officer in Charge of Navigational Watch; dan Sembilan (9) Sijil Modular lain-lain seperti berikut: Basic Safety Training (MBT); Security Awareness Training (MPA); Person Designated with Duties Training (MSD); Medical First Aid (MMFA); Advance Fire Fighting (MAFF); Proficiency in Survival Craft & Rescue Boat (MSCR); vii. Engineroom Resource Management (ERM); Basic Training for Oil and Chemical (MBOC); dan Basic Training for Liquefied Gas Tanker (MBLGT). *Program Inisiatif MITRA
                 
19   Program Latihan Kemahiran Bidang Maritim - Deck Ratings dan Engine Ratings   Malaysian Maritime Academy Sdn. Bhd.   RM2,184,700.00   Program adalah untuk melahirkan 100 kakitangan terlatih yang akan melaksanakan fungsi kakitangan sokongan di atas kapal dagang. Program akan dilaksanakan selama secara fizikal selama 10 bulan di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka. Terdapat dua (2) kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut: Kursus Deck Ratings Seramai 50 peserta akan dianugerahkan dengan Sifil Able Seafarers Deck (ASD) diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran. Kursus Engine Ratings Seramai 50 peserta akan dianugerahkan dengan Sijil Able Seafarers Engine (ASE) diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 daripada Jabatan Pembagunan Kemahiran. Kesemua pelajar dari kedua-dua kursus juga akan menerima enam (6) Sijil Modular seperti berikut: Basic Training for Liquefied Gas Tanker (MBLGT); Basic Training (JLM); Personal Awareness (JLM); MSecurity Duties (JLM); Basic Oil and Chemical Tanker (JLM); dan Basic Offshore Safety Induction and Emergency Training. *Program Inisiatif MITRA
                 
20   Program Kejuruteraan Teknologi Injection Moulding (Polimer) SKM Tahap 2   Ukiran Maksima Sdn. Bhd.   RM297,500.00   Program adalah untuk melahirkan 25 tenaga kerja dalam bidang kejuruteraan teknologi Injection Moulding. Program akan dilaksanakan secara fizikal selama 12 bulan di Johor Bahru, Johor. Peserta program akan memperoleh persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
21   Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)   Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Kuala Lumpur dan Selangor   RM4,758,600.00   Program ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi penjaja India B40 melalui pemberian bantuan peralatan atau perkakasan bergantung kepada perniagaan yang diusahakan. Program ini mensasarkan kepada semua penjaja India B40 (Dewasa). *Program Inisiatif MITRA
                 
22   Program Sijil Kejurulatihan Taekwondo   Pusat Latihan & Kejurulatihan Taekwondo WTF   RM226,296.00   Program ini adalah untuk memberi latihan seni mempertahankan diri kepada 20 belia sebagai jurulatih dengan pengiktirafan bertauliah dan kelayakan latihan taekwondo bagi Sijil Kejurulatihan di bawah Majlis Sukan Negara (MSN Tahap 1). Program akan dilaksanakan selama 120 hari di Selangor. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
23   Program Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik (PJE/ Chargeman) & Pencantum Kabel Bertauliah   TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd.   RM2,042,420.80   Program ini bertujuan untuk memberikan latihan dan persijilan bertauliah Suruhanjaya Tenaga bagi pekerjaan PJE dan Pencantum Kabel. Seramai 90 golongan dewasa akan menjalani program secara fizikal selama dua (2) tahun di tiga (3) buah negeri seperti berikut: ILSAS Cawangan Bangi, Selangor; ILSAS Cawangan Malim Nawar, Perak; dan ILSAS Cawangan Kulai, Johor. *Program Inisiatif MITRA

 

 

Kesejahteraan Sosial

 

BIL   PROGRAM   ORGANISASI   PERUNTUKAN   CATATAN
                 
1   Program Bakul Prihatin MITRA 2022   Mydin Mohamed Holdings Bhd   RM4,620,000.00   Sebuah bakul bantuan MITRA mengandungi 9 jenis barangan runcit, pelitup muka dan kit kesihatan ujian kendiri COVID-19 yang mencukupi untuk diberikan kepada 30,000 penerima keluarga India B40. Kos sekotak adalah sebanyak RM138.50 dan kos pembungkusan dan penghantaran bagi sekotak adalah sebanyak RM15.50. Senarai barangan adalah seperti di bawah: Beras (1 unit x 10kg) Tepung Gandum (1 unit x 1kg) Sardin (2 unit x 425gm) Gula (1 unit x 1kg) Biskut (2 unit x 368gm) Bihun (2 unit x 400gm) Susu Pekat (2 unit x 500gm) Teh (2 unit x 40gm) Minyak masak (1 unit x 5kg) Pelitup muka 3 plymask (20 helai) Kit Ujian Pengesanan COVID-19 Kendiri (5 unit) *Program Inisiatif MITRA
                 
2   Program Subsidi Dialisis MITRA 2022   Sai Ananda Foundation   RM820,800.00   Program ini bertujuan untuk memberi bantuan subsidi dialisis kepada 30 orang pesakit dialisis di Batu Caves, Selangor dengan kos per individu sebanyak RM190.00 selama 12 bulan (144 sesi rawatan). *Program Inisiatif MITRA
                 
3   Program Subsidi Dialisis MITRA 2022   Yayasan St John Ambulans Malaysia   RM3,420,000.00   Program ini bertujuan untuk memberi bantuan subsidi dialisis kepada 125 orang pesakit dialisis di Perak, Selangor dan Melaka dengan kos per individu sebanyak RM190.00 selama 12 bulan (144 sesi rawatan). *Program Inisiatif MITRA
                 
4   Program Subsidi Dialisis MITRA 2022   NSCMH Dialysis Care   RM1,166,400.00   Program ini bertujuan untuk memberi bantuan subsidi dialisis kepada 45 orang pesakit dialisis di Negeri Sembilan dengan kos per individu sebanyak RM180.00 selama 12 bulan (144 sesi rawatan). *Program Inisiatif MITRA
                 
5   Program Peningkatan Jati Diri & Keselamatan Diri Pelajar Perempuan   Kelab Taekwondo Changlun Star (WTF)   RM57,550.00   Program ini bertujuan memberikan latihan teknik mempertahankan diri. Program akan diadakan di IKBN, JITRA, Kedah. 100 murid-murid (perempuan) golongan B40 dari SJKT dan Sekolah Menengah Kebangsaan akan mempelajari kesemua 12 teknik. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
6   Program Pemerkasaan Kerohanian Komuniti India B40   Badan Pentadbir Hindu Devasthanam Bidor Perak   RM86,940.00   Program ini bertujuan untuk mengalakkan komuniti India menyertai kelas-kelas kebudayaan dan keagamaan. Program akan diadakan di Bidor, Perak. Seramai 150 orang untuk semua lapisan umur akan menyertai program ini selama 50 minggu. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
7   Program Pembangunan Kendiri Kanak-Kanak B40   Aarudhra Indian Arts Association (ARIAA)   RM68,536.80   Program ini bertujuan untuk mengalakkan golongan kanak-kanak menyertai dalam seni tarian klasik. Program akan diadakan di Jasin dan Kubu, Melaka. Seramai 40 kanak-kanak yang disasarkan untuk menyertai program ini selama 50 hari. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
8   Kursus Keusahawanan Penjagaan Post Natal & Neo Natal (Confinement Care)   LK Ayurveda Research Training Academy (M) Sdn Bhd   RM172,843.20   Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran asas dalam bidang penjagaan post natal dan neo natal kepada 100 orang golongan wanita India B40 selama lima (5) hari. Program akan dilaksanakan di empat (4) lokasi seperti berikut: Batu Caves, Selangor; Shah Alam, Selangor; Lumut, Perak; dan Seberang Jaya, Pulau Pinang. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
9   Program Empowering Women Entrepreneur In Pastry & Baking Through E-Commerce & Digital Marketing   KLA Consultancy Sdn Bhd   RM156,610.80   Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran asas dalam bakeri dan pastri kepada 60 orang golongan wanita India B40 selama lima (5) hari. Program akan dilaksanakan di Kings College, Kuala Lumpur secara fizikal dan secara dalam talian. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
10   Program Latihan Pastri Belia & Wanita India   Yayasan Pembangunan Sosial   RM273,515.00   Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran asas pastri kepada 50 orang golongan wanita India B40 selama 15 hari. Program akan dilaksanakan di Accelskill Academy, Melaka. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
11   Kursus Pembuatan Bakeri & Pastri   Mega International Systematic Training Academy Sdn. Bhd.   RM77,007.00   Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran asas bakeri dan pastri kepada 30 orang golongan wanita India B40 selama tujuh (7) hari. Program akan dilaksanakan di dua (2) lokasi di Kinta, Perak seperti berikut: Crew Skills International Culinary School of Asia; dan Fantastic Pastry Academy. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
12   Program Pemeriksaan Kesihatan MITRA 2022 Untuk Golongan B40 India   Persatuan Guru Besar SJKT Kebangsaan   RM21,000.00   Program ini bertujuan untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada 100 orang India B40 selama tujuh (7) hari. Program akan dilaksanakan di Seremban, Negeri Sembilan. *Program Inisiatif MITRA
                 
13   Program Pembelajaran Kesenian Muzik Tradisional India - Chembada Melam (Chenda)   Ramdarshan Music Academy   RM98,636.40   Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran permainan alat muzik Chembada Melam kepada 25 orang India B40 selama 12 bulan. Program akan dilaksanakan di Johor Bahru, Johor. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
14   Kursus Pemerkasaan Diri Komuniti India B40   Pertubuhan Penganut Vethathiri Sky Manavalakalai Malaysia   RM24,224.40   Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran asas yoga kepada 100 orang berumur antara 14 tahun hingga 30 tahun India B40 selama 12 minggu di Seremban, Negeri Sembilan. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
15   Program Pembangunan Usahawan Wanita (Kursus Masakan Manisan Tradisional India)   Persatuan Pembangunan Komuniti Perak   RM57,000.00   Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran asas masakan manisan tradisional kepada 50 orang golongan wanita India B40 selama lima (5) hari di Ipoh, Perak. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
                 
16   Kursus Kemahiran Jahitan   JSS Tailoring Akademi   RM261,154.80   Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran jahitan kepada 50 orang golongan wanita India B40 selama 30 hari di Ipoh, Perak. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA