MAJLIS PENYERAHAN SURAT KELULUSAN PROGRAM DHARMA MADANI FASA 2
Kuala Lumpur | 28 April 2026
Hari ini Kerajaan MADANI melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) meneruskan komitmen memperkukuh institusi kerohanian dengan menyalurkan bantuan kewangan kepada rumah ibadat Hindu di bawah inisiatif Program Dharma MADANI.
Dalam Majlis Perjumpaan bersama Pemimpin Kuil Hindu Fasa Kedua di Dewan Kalamandapam, Brickfields, sebanyak RM6 juta telah diagihkan kepada 300 buah kuil, menjadikan jumlah keseluruhan agihan setakat ini mencecah RM9.24 juta kepada 462 pusat ibadat di seluruh negara. Penyaluran ini merupakan sebahagian daripada peruntukan keseluruhan RM20 juta yang menyasarkan manfaat kepada 1,000 buah kuil Hindu, dengan setiap satu menerima RM20,000.
MANDAT MITRA KEKAL, PENEMPATAN DI BAWAH KESUMA PERKUKUH PELAKSANAAN
Parlimen Malaysia | 5 Februari 2026
Kerajaan MADANI menegaskan bahawa mandat Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kekal tidak berubah meskipun ditempatkan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Penempatan ini bertujuan memperkukuh penyelarasan dasar serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program pembangunan masyarakat India.
Penegasan tersebut disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan ketika sesi Ministers’ Question Time (MQT) di Dewan Rakyat hari ini. Beliau memaklumkan keputusan Jemaah Menteri pada 14 Januari 2026 itu merupakan langkah penstrukturan strategik bagi memastikan agenda sosioekonomi masyarakat India dilaksanakan secara lebih bersepadu, sistematik dan berimpak tinggi.
Menurut beliau, penempatan MITRA di bawah KESUMA membolehkan perancangan dan pemantauan program diselaraskan dengan dasar pembangunan sumber manusia negara, termasuk latihan kemahiran, kebolehpasaran pekerjaan dan perlindungan sosial. Pandangan YAB Perdana Menteri turut menegaskan langkah ini akan mengukuhkan kedudukan MITRA tanpa menjejaskan fokus asalnya.
Pendekatan ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, khususnya teras Kesejahteraan, Keadilan Sosial, Keberdayaan dan Tadbir Urus Baik, dalam memastikan pembangunan masyarakat dilaksanakan secara inklusif dan mampan.
Hari ini saya telah menyempurnakan penyerahan bantuan Program Dharma MADANI Fasa Pertama berjumlah RM3.1 juta kepada 155 buah rumah ibadat Hindu dari seluruh negara.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI serta kerjasama erat dengan kepimpinan komuniti dalam memperkasa institusi rumah ibadat Hindu sebagai tunjang kesejahteraan, keharmonian dan pembangunan rohani masyarakat India.
Program Dharma MADANI merupakan antara usaha strategik Kerajaan MADANI untuk memperkukuh peranan rumah ibadat bukan sahaja sebagai tempat ibadah, malah sebagai pusat komuniti setempat yang menjalankan aktiviti pembelajaran, kerohanian, kebudayaan serta pembangunan sosial masyarakat.
Sejak pendaftaran dibuka, sebanyak 915 permohonan telah diterima dan diteliti oleh MITRA selaras dengan prinsip tatakelola yang baik serta peraturan yang berkuat kuasa. Baki permohonan akan terus diteliti secara berperingkat, dan pihak MITRA akan memaklumkan keputusan rasmi kepada pihak rumah ibadat yang terlibat dari semasa ke semasa. Saya juga mengumumkan bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju supaya MITRA dipindahkan ke Kementerian Sumber Manusia.
Saya yakin bantuan ini diyakini akan memperkukuh pelaksanaan agenda pemerkasaan komuniti India secara lebih bersepadu, inklusif dan berimpak tinggi, selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan keadilan sosial dan kesejahteraan untuk semua.