SIMPOSIUM ANTIRASUAH PENGURUSAN DANA PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI KOMUNITI INDIA 2026
12 January 2026
SPRM 2
SPRM 6
SPRM 3
SPRM 4
SPRM 5
SPRM 1
SIMPOSIUM ANTIRASUAH PENGURUSAN DANA PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI KOMUNITI INDIA 2026
Putrajaya | 12 Januari 2026
Memperkukuh integriti, memperkasa tatakelola demi kepentingan rakyat.
MITRA dengan kerjasama strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan Simposium Antirasuah Pengurusan Dana Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India 2026, yang menghimpunkan hampir 400 peserta terdiri daripada rakan pelaksana MITRA seperti NGO, syarikat, penyedia latihan dan pengusaha tadika.
Penganjuran simposium ini mencerminkan komitmen MITRA untuk menjalin kerjasama berterusan dengan SPRM setiap tahun, bagi memastikan semua penerima geran kerajaan memahami sepenuhnya tanggungjawab, amanah dan kepentingan mengurus dana awam secara telus, berintegriti dan berakauntabiliti.
MITRA menegaskan bahawa pihak yang menerima geran bukan sekadar pelaksana projek, tetapi merupakan rakan strategik kerajaan dalam memastikan perancangan dan dasar kerajaan benar-benar sampai dan dinikmati oleh rakyat di peringkat akar umbi.
Kejayaan dasar kerajaan tidak bergantung kepada peruntukan semata-mata, tetapi kepada integriti dan kebertanggungjawaban pihak yang mengurus dana tersebut.
Sejajar dengan gagasan Malaysia MADANI yang ditekankan oleh YAB Perdana Menteri (PMX) — berteraskan nilai amanah, ihsan, keadilan dan tanggungjawab — pengurusan dana awam mesti dilaksanakan dengan penuh integriti agar manfaat pembangunan tidak terjejas oleh ketirisan atau salah guna kuasa.
Antara pengisian utama simposium:
✅ Kesedaran risiko perundangan dan pematuhan di bawah Akta SPRM 2009
✅ Forum antirasuah mengenai pengurusan dana dan tatakelola organisasi
✅ Perkongsian amalan terbaik dalam memastikan dana kerajaan sampai kepada golongan sasar
Ketua Pengarah MITRA menegaskan bahawa integriti bukan sekadar slogan, tetapi satu amanah yang wajib dipikul oleh setiap rakan strategik yang mengurus dana kerajaan demi memastikan manfaat sampai kepada golongan sasar.
MITRA akan terus memperkukuh kerjasama bersama SPRM sebagai langkah pencegahan, pendidikan dan pemantauan bagi memastikan setiap sen peruntukan kerajaan dimanfaatkan secara berhemah demi masa depan komuniti India Malaysia.
Terima kasih kepada SPRM dan semua peserta yang hadir serta komited menjayakan simposium ini.