SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI MITRA

MYHRMIS MOBILE
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
 malaysiamadani
Laman Utama Arrow Program MITRA Arrow 2022 Arrow Program Pembangunan Keusahawanan dan Kerjaya Masyarakat India
BIL
PROGRAM
ORGANISASI
PERUNTUKAN
CATATAN
1.

Kursus Pendandan Rambut Profesional

Dhass Skills Academy (M) Sdn. Bhd.

RM94,089.60

Program ini bertujuan untuk latihan kemahiran pendandan rambut kepada 30 peserta. Program akan diadakan di Dhass Skills Academy, Batu Caves, Selangor. Tempoh program adalah selama 21 hari. Peserta program akan memperoleh Kit Permulaan, Sijil Akademi dan On The Job Training (OJT).

Modul-modul kursus adalah seperti berikut:

  • Jenis Alatan dan Peralatan Gunting Rambut
  • Hubungan Pelanggan
  • Teknik Menggunting Rambut
  • Kemahiran Asas Mencukur
  • Ciri-ciri Tukang Gunting Rambut yang Profesional
  • Penyelenggaraan dan Kebersihan

*Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA

2.

Program Latihan Penjagaan Kuku

Bracelian Beauty & Bridal Academy

RM187,940.00

Program ini bertujuan untuk latihan kemahiran berkaitan penjagaan dan perhiasaan kuku kepada 125 peserta. Program akan diadakan di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Tempoh program adalah selama 5 hari. Peserta akan memperoleh Kit Permulaan, Mobile Nail Salon dan Sijil Akademi.

Modul-modul program adalah seperti berikut:

  • Teori Asas Kuku
  • Teori dan Amali Asas Manicure
  • Reka Bentuk Seni Kuku
  • Teknik Sambungan Kuku Asas

*Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA

3.

Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) Teknikal Motosikal

Mototech Skills Academy (M) Sdn. Bhd.

RM200,800.00

Program ini bertujuan untuk latihan kemahiran berkaitan motosikal kepada 25 peserta. Program ini menyediakan Sijil Kemahiran Tahap 1,2 dan 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Program diadakan di Mototech Skills Academy, Sungai Buloh, Selangor. Tempoh program adalah selama 12 hari.

Modul-modul program adalah seperti berikut:

  • Pembaikan dan Penyelenggaraan Motosikal
  • Suntikan Bahan Api Elektronik & Diagnostik Motosikal
  • Elektrik & Elektronik Motosikal

*Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA

4.

Program Horizontal Directional Drilling (HDD)

Omtera Academy

RM243,400.00

Program ini bertujuan untuk latihan kemahiran berkaitan penggerudian arah mendatar kepada 80 peserta. Program ini menyediakan Sijil dari DCI dan NOCN. Program diadakan di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Johor. Tempoh program adalah selama 10 hari.

Modul-modul program adalah seperti berikut:

  • Teori dan Praktikal
  • Latihan Kerja

*Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA

5.

Program Latihan Kemahiran Kerjaya dan Keusahawanan

Myskills Foundation

RM294,600.00

Program latihan kemahiran kerjaya berserta keusahawanan adalah salah satu program membentuk laihan kemahiran transformasi holistik (model latihan berasaskan residensi penuh) yang bertujuan untuk menampung keperluan transformasi 40 remaja berisiko tinggi. Program ini dilaksanakan di Kampus MySkills, Kalumpang, Selangor.

Peserta akan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2.

 

*Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA

6.

Program Pembangunan Kelestarian Remaja Bawah 12 Tahun

Yayasan Pusat Belia Antarabangsa

RM262,926.00

Program ini bertujuan untuk membimbing 450 kanak-kanak B40 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) luar bandar dalam meningkatkan kecekapan dan minat dalam aktiviti kokurikulum dan juga akademik. Program akan dilaksanakan di Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Melaka dan Johor.

Peserta akan memperoleh perkara seperti berikut:

  1. Sijil Antarabangsa Friends of The Award (FOTA), United Kingdom; dan
  2. Markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) peringkat 1 (Kebangsaan) oleh KPM.

 *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA

7.

Hybrid Digital Entrepreneurs Development Skills

Marvin Choice Resources

RM111,888.00

Program ini untuk memberi latihan kemahiran pembangunan kepada 200 usahawan digital dalam bidang pemasaran dan jualan dalam talian di kalangan usahawan India B40. Program ini akan dilaksanakan di Negeri Sembilan dan Johor. Modul program seperti berikut:

  1. Alat Pemasaran Digital;
  2. Instragram Marketing;
  3. Tik Tok Marketing;
  4. Facebook Marketing;
  5. Youtube Marketing;
  6. Whatsapp Marketing;
  7. Digital Business;
  8. Database Collection;
  9. E-mail Marketing; dan
  10. Editing Software.

 *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA

8.

Safety & Health Officer (SHO)

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)

RM2,454,624.00

Program ini akan memberikan pendedahan, kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Seramai 300 belia melalui program ini akan menerima sijil pertaulihan dari NIOSH beserta penempatan pekerjaan.

Program akan dilaksanakan selama 30 hari di tiga (3) buah negeri seperti berikut:

  1. Selangor;
  2. Johor; dan
  3. Pulau Pinang


*Program Inisiatif MITRA

9.

Occupational Safety and Health Coordinator (OSH)

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)

RM693,864.00

Program ini akan memberikan pendedahan, kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Seramai 200 belia melalui program ini akan menerima sijil pertaulihan dari NIOSH beserta penempatan pekerjaan.

Program akan dilaksanakan selama sembilan (9) hari di tiga (3) buah negeri seperti berikut:

  1. Selangor;
  2. Johor; dan
  3. Pulau Pinang


*Program Inisiatif MITRA

10.

OSH Train the Trainers Competency Program

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)

RM773,640.00

Program ini akan memberikan pendedahan, kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Seramai 200 belia melalui program ini akan menerima sijil pertaulihan dari NIOSH beserta penempatan pekerjaan.

Program akan dilaksanakan selama 10 hari di tiga (3) buah negeri seperti berikut:

  1. Selangor;
  2. Johor; dan
  3. Pulau Pinang


*Program Inisiatif MITRA

11.

Safe Operation of High Pressure Water Jetting

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)

RM589,086.00

Program ini akan memberikan pendedahan, kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Seramai 150 belia melalui program ini akan menerima sijil pertaulihan dari NIOSH beserta penempatan pekerjaan.

Program akan dilaksanakan selama sembilan (9) hari di tiga (3) buah negeri seperti berikut:

  1. Selangor;
  2. Johor; dan
  3. Pulau Pinang


*Program Inisiatif MITRA

12.

Office Automation Knowledge Expert

Intelligence Sandbox (M) Sdn Bhd

RM63,072.00

Program ini untuk memberikan latihan mengenai penggunaan Microsoft Office 365 khususnya Microsoft Excel dalam penganalisisan data dan automasi data yang akan memenuhi permintaan yang diperlukan oleh industri. Seramai 25 belia melalui program ini akan menerima Pensijilan Microsoft Office Specialist.

Program akan dilaksanakan selama 10 hari di Kelana Jaya, Selangor.

*Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA

13.

Remote Pilot Certificate Of Competency (RCOC-B)

SG Akademi

RM258,876.00

Program ini adalah untuk memberi latihan kemahiran pengendalian teknologi dron dan persijilan Remote Pilot Certificate of Competency (RCoC-B) kepada 30 belia. Program akan dilaksanakan selama 10 hari di Kuala Lumpur dan Johor. Peserta program akan memperoleh persijilan seperti berikut:

  1. Persijilan RCoC-B;
  2. Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Dron Tahap 2; dan
  3. Persijilan City & Guilds.

*Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA

14.

Program Bantuan Lesen Pemandu Lori GDL

Akademi P.S. Samy Sdn. Bhd.

RM200,000.00

Program ini adalah untuk memberi latihan kepada 100 orang berumur 21 tahun dan ke atas atau 58 tahun ke bawah (B40) dalam mendapatkan lesen memandu (E Full) dan Goods Driving License (GDL) Bersendi. Program akan dilaksanakan di Selangor. Berikut merupakan tawaran pakej program:

  1. Pakej A: Lesen GDL + Lesen E-Full ;
  2. Pakej B: Lesen GDL + Lesen E-Full + Lesen Treler (Bersendi);
  3. Pakej C: Kelas Tambahan Lesen E-Full; dan
  4. Pakej D: Kelas Tambahan Lesen Treler (Bersendi).

*Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA

15.

Program Teknologi Asas Penternakan Lebah Madu

Golden Bees Empire

RM264,702.60

Program ini adalah untuk memberi latihan penternakan lebah dan keusahawanan kepada 50 orang yang berumur 18 tahun ke atas atau 59 tahun ke bawah (B40) di Sepang, Selangor dan Johor Bahru, Johor.

Peserta akan memperoleh perkara seperti berikut:

  1. Kit Permulaan (Bee Hive); dan
  2. Handholding selama lima (5) bulan.

*Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA

16.

Sijil Profesional Dalam Program Perniagaan Hartanah

Optramal Sdn. Bhd.

RM140,162.40

Program ini adalah untuk memberi latihan sebagai agen hartanah kepada 50 belia. Peserta akanb memperoleh persijilan Negotiator Certification Course (NCC) yang diiktiraf oleh Malaysian Institute of Estate Agents.

Peserta akan melalui latihan kelas, kerja lapangan dan On The Job Training (OJT) di Selangor dan Kuala Lumpur.

Program akan dilaksanakan selama tujuh (7) hari di MAHSA Avenue International College, Kuala Lumpur.

*Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA

17.

Cadetship Diploma in Nautical Studies

Malaysian Maritime Academy Sdn. Bhd.

RM3,410,850.00

Program adalah untuk melahirkan 30 para pelaut yang berpotensi untuk memenuhi permintaan guna tenaga mahir dan memenuhi keperluan industri maritim negara. Program akan dilaksanakan selama secara fizikal maksimum lima (5) tahun di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka termasuk latihan industri di laut.  Para pelajar yang berjaya tamat latihan akan menerima persijilan berikut:

  1. Diploma in Nautical Studies;
  2. Certificate of Competency as Officer in Charge of Navigational Watch; dan
  3. 14 Sijil Modular lain-lain seperti berikut:
    • Basic Safety Training (MBT);
    • Security Awareness Training (MPA);
    • Person Designated with Duties Training (MSD);
    • Medical First Aid (MMFA);
    • Advance Fire Fighting (MAFF);
    • GMDSS General Operator Certificate (GOC);
    • Proficiency in Survival Craft & Rescue Boat (MSCR);
    • Radar Navigation & Plotting (MRN);
    • ARPA Operation (MAR);
    • Electronic Navigation Aids;
    • Electronic Chart Display Information System (ECDIS);
    • 5 day Bridge Resource Management (BRM);
    • Basic Training for Oil and Chemical (MBOC); dan
    • Basic Training for Liquefied Gas Tanker (MBLGT).

*Program Inisiatif MITRA

18.

Cadetship Diploma in Marine Engineering

Malaysian Maritime Academy Sdn. Bhd.

RM3,336,420.00

Program adalah untuk melahirkan 30 para pelaut yang berpotensi untuk memenuhi permintaan guna tenaga mahir dan memenuhi keperluan industri maritim negara. Program akan dilaksanakan selama secara fizikal maksimum lima (5) tahun di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka termasuk latihan industri di laut.  Para pelajar yang berjaya tamat latihan akan menerima persijilan berikut:

  1. Diploma in Marine Engineering;
  2. Certificate of Competency as Officer in Charge of Navigational Watch; dan
  3. Sembilan (9) Sijil Modular lain-lain seperti berikut:
    • Basic Safety Training (MBT);
    • Security Awareness Training (MPA);
    • Person Designated with Duties Training (MSD);
    • Medical First Aid (MMFA);
    • Advance Fire Fighting (MAFF);
    • Proficiency in Survival Craft & Rescue Boat (MSCR); vii. Engineroom Resource Management (ERM);
    • Basic Training for Oil and Chemical (MBOC); dan
    • Basic Training for Liquefied Gas Tanker (MBLGT).

*Program Inisiatif MITRA

19.

Program Latihan Kemahiran Bidang Maritim - Deck Ratings dan Engine Ratings

Malaysian Maritime Academy Sdn. Bhd.

RM2,184,700.00

Program adalah untuk melahirkan 100 kakitangan terlatih yang akan melaksanakan fungsi kakitangan sokongan di atas kapal dagang. Program akan dilaksanakan selama secara fizikal selama 10 bulan di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka. Terdapat dua (2) kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Kursus Deck Ratings
    • Seramai 50 peserta akan dianugerahkan dengan Sifil Able Seafarers Deck
      (ASD) diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia
      Tahap 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran.
  • Kursus Engine Ratings
    • Seramai 50 peserta akan dianugerahkan dengan Sijil Able Seafarers Engine
      (ASE) diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia
      Tahap 3 daripada Jabatan Pembagunan Kemahiran.
  • Kesemua pelajar dari kedua-dua kursus juga akan menerima enam (6) Sijil Modular seperti berikut:
    • Basic Training for Liquefied Gas Tanker (MBLGT);
    • Basic Training (JLM);
    • Personal Awareness (JLM);
    • MSecurity Duties (JLM);
    • Basic Oil and Chemical Tanker (JLM); dan
    • Basic Offshore Safety Induction and Emergency Training.

*Program Inisiatif MITRA

20.

Program Kejuruteraan Teknologi Injection Moulding (Polimer) SKM Tahap 2

Ukiran Maksima Sdn. Bhd.

RM297,500.00

Program adalah untuk melahirkan 25 tenaga kerja dalam bidang kejuruteraan teknologi Injection Moulding. Program akan dilaksanakan secara fizikal selama 12 bulan di Johor Bahru, Johor. Peserta program akan memperoleh persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2.

 

*Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA

21.

Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)

Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Kuala Lumpur dan Selangor

RM4,758,600.00

Program ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi penjaja India B40 melalui pemberian bantuan peralatan atau perkakasan bergantung kepada perniagaan yang diusahakan. Program ini mensasarkan kepada semua penjaja India B40 (Dewasa).

 

*Program Inisiatif MITRA

22.

Program Sijil Kejurulatihan Taekwondo

Pusat Latihan & Kejurulatihan Taekwondo WTF

RM226,296.00

Program ini adalah untuk memberi latihan seni mempertahankan diri kepada 20 belia sebagai jurulatih dengan pengiktirafan bertauliah dan kelayakan latihan taekwondo bagi Sijil Kejurulatihan di bawah Majlis Sukan Negara (MSN Tahap 1).

 

Program akan dilaksanakan selama 120 hari di Selangor.

 

*Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA

23.

Program Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik (PJE/ Chargeman) & Pencantum Kabel Bertauliah

TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd.

RM2,042,420.80

Program ini bertujuan untuk memberikan latihan dan persijilan bertauliah Suruhanjaya Tenaga bagi pekerjaan PJE dan Pencantum Kabel. Seramai 90 golongan dewasa akan menjalani program secara fizikal selama dua (2) tahun di tiga (3) buah negeri seperti berikut:

ILSAS Cawangan Bangi, Selangor;
ILSAS Cawangan Malim Nawar, Perak; dan
ILSAS Cawangan Kulai, Johor.

*Program Inisiatif MITRA

TARIKH KEMASKINI :
UNIT TRANSFORMASI MASYARAKAT INDIA MALAYSIA
JABATAN PERDANA MENTERI
Aras 4, Setia Perkasa 5, Kompleks Setia Perkasa
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
03-8886 6221; 03-88866365; 03-88866337; 03-88866285; 03-88866020; 03-88866150.
infomitra[at]jpm[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fb rss
Undian
Adakah infomasi di dalam Portal MITRA memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?